09 May 2010

Kerja masa cuti sem... Best ke erk?

Selamat hari ibu buat ibu saya, Pn. Masitah Rasidin & ibu2 diseluruh Malaysia..
Entri ni ditulis dengan tergesa-gesa sebab esok saya dah mula bekerja.. Tak lama kot..
Just 2 month larr.Pastu dah start sem baru.. Tak sabar nak masuk sem baru ni coz senior ramai cakap boleh relax sikit berbanding sem lepas.. (ishh,relax je ko pikir ea.. Reference book yang senior pinjamkan tu langsung tak sentuh lagi..hehe..)
Hari jumaat lepas, saya dah buka akaun Maybank khas untuk gaji nanti..Ceh, keje pun tak start lagi. Semangat betul saya.. Nak dijadikan cerita, ayah hantar saya lepas solat jumaat kat Maybank dekat dengan tempat keje dia. Tapi jauh sikit dari rumah. Masa tu saya angkut je adik yang baru balik dari sekolah menengah sebab takmo  pergi sorang2.. Then, bila sampai kat bank, akak kat kaunter pertanyaan tu cakap, " Dik, sila buka akaun kat Maybank yang berdekatan dengan rumah ye.." Aduhai.. Lemah je rasa lutut masa tu. Nasib baik adik tak kisah.. (Mana nak kisah, sume belanja makan, shopping saya yang tanggung kan..haha,,) 
Saya pun buat2 cool. Terpaksa patah balik gi Maybank yang dekat dengan rumah. Masa tu dah pukul 2.15ptg. Dalam hati saya cepat la sampai, kul 4.00ptg bank dah tutup. Alhamdulillah, saya sampai lebih kurang pukul 2.35ptg. Tapi tiba2 saya tak nampak pun Maybank yang dekat dengan stesen bas. Perhhh,, cuak2.. nampak sangat saya dah lama tak round tempat tu. Saya kol ayah, then ayah cakap Maybank yang dekat dengan Taman ******* dah pindah kat tempat yang lagi dekat dengan rumah saya. Kira, kalau nak jalan kaki pun bole tuk exercise.. Demmm... (Mara diri sendiri sebab tak tau)
Nak tak nak amek bas ke2 ke Maybank tuh. 
Sampai2 bank dah pukul 3.05ptg. Bila masuk, saya tengok ramai sangat orang,, Ya Allah, sekali lagi saya mengucap. Ikutkan gaya macam tak bole buat ni. Tapi saya gagahkan juga gi kat kaunter dengan muka sememeh sedih.. " Abang, saya nak buka akaun Maybank..."
" Dik, boleh tak buat hari lain sebab hari ni ramai orang.. adik boleh datang hari selasa, rabu & khamis sebab time tu tak ramai orang datang..."
"Tapi....ni urgent.............................." saya pura2 sedih sambil memuncungkan bibir..
"Ni untuk masuk gaji ke dik??"
"Haah.."
"Bak sini IC, saya tolong..."
Alhamdulillah.. bole gak buka akaun.. Kalau tak boleh, memang penat la naik bas sampai 2 kali.. Yang penting sekali, taktik saya pura2 buat muka kesian menjadi..wakakaka... 
Petang tu, kul 5.10ptg baru la siap semuanya. Saya lah customer terakhir kat maybank tu. Keluar dari Maybank pun ikut pintu yang pak guard jaga. 
Before tu, clerk yang uruskan akaun saya tanya, adik tak nak keje kat sini ke, kat Maybank ni kurang kakitangan. Waahh, saya tanya berapa gaji.. (Tanya gaji dulu,, dasar mata duitan.ahaks)
Lebih kurang RM1200 tak termasuk OT(overtime). Pada saya yang masih belum grad ni, okay sangat2 la kan.. Lagipun makan minum parents tanggung lagi.Unfotunately, saya keje sementara je,takleh la apply keje tu. So, pada korang yang berminat especially adik2 yang baru dapat result SPM & nak sambung belajar tahun depan (ada ker...?), yang dah abes blaja tapi still tanam kacang anggur ke, bole la datang interview kat Maybank Masai k. Kelayakan minimum untuk jadi clerk=kerani, SPM dengan kepujian dalam b. melayu, matematik & english. Senang je kan..
Lepas penat2 buka akaun, saya belanja adik makan 2 set Big Mac kat McDonalds. Hepi je adik saya tu.. Siap tambah mango sunday lagi tuhh.. Balik rumah bawak perut je la..Alahai...Buncit2....Cukup..
Alamak, dah lewat. Esok kena bangun awal..Gud nite..
"Beta kena beradu dulu.." (tiru gaya Ustazah Zaini
Zainun cakap..hahaha...)


06 May 2010

Cerita kedai kopi pasal Nerd...


Hurmmm..
Dah berkurun rasanya saya tak update blog ni.
As a student, biasa la busy dengan assignment yg belambak & final exam yang kasi kembang sume neuron2 yang sekian lama mengecut,Mana taknye,sume subjek nak kena menghafal...(Macam la ko study hard sangat sampai tak sempat nak update blog)
Ehh, sebenarnya malas nak ke kampus yang jauh teramat semata-mata untuk update blog & main facebook.
Memang malang sebab cuma laptop saya je tak dapat wireless.
Member2 len hari2 on9 kot.
Alasan yang paling wajar,malas nak jumpe technician kat lab comp..
fullstop.

Ahaa..Jangan terkejut dengan nama baru blog ni..BELOG BUDAK PERASAN NERD..
Kawan2,, saya ni nerd ke? Saya pasti rakan saya di kampus akan menjawab begini, 
"Nana, ko bukan nerd,, tapi PERASAN nerd,,".. Cuba kita ubah statement itu kepada, "Nana, ko bukan cute,, tapi PERASAN cute,,"
Disebabkan saya bukan NERD tetapi CUTE,maka saya dengan rela hati memilih nama,
Belog budak perasan  cute nerd sebagai nama baru blog saya..kui..kui..kui.. (Manusia mana ni yang perasan sungguh.Angelina Jolie pun tak perasan begini)

Nerd menurut online dictionary, (Malas nak buka kamus da,,) bererti seseorang yang membosankan dan tidak popular, terutamanya yang obses kat satu benda macam komputer atau obses sangat belajar sampai tak ingat dunia..(Tahniah, ko bukan nerd..)Selain itu, nerd juga bermaksud 'pengor'(bahasa jawa jika diterjemahkan dalam bahasa melayu bermaksud bodoh)..Auwhhh...Sah, itu bukan saya.

Kalau korang pernah tengok drama2 yang ada kaitan dengan nerd,
budak nerd ni selalu distereotaip sebagai budak genius,rajin,selalu dapat markah tertinggi dalam kelas,
tapi bergaya old fesyen dengan spect. tebal, bawa buku pun tebal, beg of course beraaaat kan,,
pastu selalu kena buli dengan kawan2 kat sekolah..Alolo, cian...
Mereka yang nerd ni selalunya memang tak bercouple kat sekolah. Kononnya berpegang pada falsafah, study is everything, couple is nothing..
Kalau tengok drama budak nerd lak, lastly mesti diorang tukar style jadi stylo mylo.. Dari rambut belah tepi kepada rambut cacak tepu bergel..

Saya nak buka cerita ni, dulu masa zaman sekolah, saya suka sangat2 budak2 lelaki yang ala2 nerd ni.Sopan,baik,rajin study,,Pendek kata, memang jadi sumber inspirasi la time tu.. (Acece, sapela dak nerd yang ko minat dulu..)
Jangan korang tak tau, saya dulu memang minat subjek sejarah dan sastera..
Cam nerd jugak la kan..(patutla minat budak nerd..Alahai,,kantoi..)
Dulu cita2 nak jadi pegawai arkib negara.hahaha.. Tak bole blah kan..
Orang lain sibuk nak jadi doktor, lawyer,tak pun cikgu sekolah.
Tapi saya sibuk tanye kaunselor itu ini pasal pegawai arkib negara..
Padahal budak kelas sains..
Tapi sekarang kalau ko letak buku buku sejarah tingkatan 5 pun, lom tentu saya habis baca lebih dari 10 pages.

Korang ingat tak drama thai, Soda and ice tea yang pernah ditayangkan kat tv3. Masa tu saya baru tingkatan 2 kot.
Cerita pasal perempuan nerd, seorang lecturer kimia yang akhirnya berkahwin dgn pelakon yang hensem. Cerita mereka bermula apabila diorang terdesak nak cari pasangan hidup sebab parents diorang nak kahwinkan diorang dgn calon yg diorang tak suka. Lastly, diorang decide nak cari pasangan kat agen pencari jodoh & kat situ la diorang berjumpa.
Part yang paling saya suka bila perempuan nerd terpaksa menyamar jadi model & pelakon laki tu lak menyamar jadi profesor kimia..
Siang malam belajar kimia sampai nak pecah kepala..hihi..Lawak tol..