09 May 2010

Kerja masa cuti sem... Best ke erk?

Selamat hari ibu buat ibu saya, Pn. Masitah Rasidin & ibu2 diseluruh Malaysia..
Entri ni ditulis dengan tergesa-gesa sebab esok saya dah mula bekerja.. Tak lama kot..
Just 2 month larr.Pastu dah start sem baru.. Tak sabar nak masuk sem baru ni coz senior ramai cakap boleh relax sikit berbanding sem lepas.. (ishh,relax je ko pikir ea.. Reference book yang senior pinjamkan tu langsung tak sentuh lagi..hehe..)
Hari jumaat lepas, saya dah buka akaun Maybank khas untuk gaji nanti..Ceh, keje pun tak start lagi. Semangat betul saya.. Nak dijadikan cerita, ayah hantar saya lepas solat jumaat kat Maybank dekat dengan tempat keje dia. Tapi jauh sikit dari rumah. Masa tu saya angkut je adik yang baru balik dari sekolah menengah sebab takmo  pergi sorang2.. Then, bila sampai kat bank, akak kat kaunter pertanyaan tu cakap, " Dik, sila buka akaun kat Maybank yang berdekatan dengan rumah ye.." Aduhai.. Lemah je rasa lutut masa tu. Nasib baik adik tak kisah.. (Mana nak kisah, sume belanja makan, shopping saya yang tanggung kan..haha,,) 
Saya pun buat2 cool. Terpaksa patah balik gi Maybank yang dekat dengan rumah. Masa tu dah pukul 2.15ptg. Dalam hati saya cepat la sampai, kul 4.00ptg bank dah tutup. Alhamdulillah, saya sampai lebih kurang pukul 2.35ptg. Tapi tiba2 saya tak nampak pun Maybank yang dekat dengan stesen bas. Perhhh,, cuak2.. nampak sangat saya dah lama tak round tempat tu. Saya kol ayah, then ayah cakap Maybank yang dekat dengan Taman ******* dah pindah kat tempat yang lagi dekat dengan rumah saya. Kira, kalau nak jalan kaki pun bole tuk exercise.. Demmm... (Mara diri sendiri sebab tak tau)
Nak tak nak amek bas ke2 ke Maybank tuh. 
Sampai2 bank dah pukul 3.05ptg. Bila masuk, saya tengok ramai sangat orang,, Ya Allah, sekali lagi saya mengucap. Ikutkan gaya macam tak bole buat ni. Tapi saya gagahkan juga gi kat kaunter dengan muka sememeh sedih.. " Abang, saya nak buka akaun Maybank..."
" Dik, boleh tak buat hari lain sebab hari ni ramai orang.. adik boleh datang hari selasa, rabu & khamis sebab time tu tak ramai orang datang..."
"Tapi....ni urgent.............................." saya pura2 sedih sambil memuncungkan bibir..
"Ni untuk masuk gaji ke dik??"
"Haah.."
"Bak sini IC, saya tolong..."
Alhamdulillah.. bole gak buka akaun.. Kalau tak boleh, memang penat la naik bas sampai 2 kali.. Yang penting sekali, taktik saya pura2 buat muka kesian menjadi..wakakaka... 
Petang tu, kul 5.10ptg baru la siap semuanya. Saya lah customer terakhir kat maybank tu. Keluar dari Maybank pun ikut pintu yang pak guard jaga. 
Before tu, clerk yang uruskan akaun saya tanya, adik tak nak keje kat sini ke, kat Maybank ni kurang kakitangan. Waahh, saya tanya berapa gaji.. (Tanya gaji dulu,, dasar mata duitan.ahaks)
Lebih kurang RM1200 tak termasuk OT(overtime). Pada saya yang masih belum grad ni, okay sangat2 la kan.. Lagipun makan minum parents tanggung lagi.Unfotunately, saya keje sementara je,takleh la apply keje tu. So, pada korang yang berminat especially adik2 yang baru dapat result SPM & nak sambung belajar tahun depan (ada ker...?), yang dah abes blaja tapi still tanam kacang anggur ke, bole la datang interview kat Maybank Masai k. Kelayakan minimum untuk jadi clerk=kerani, SPM dengan kepujian dalam b. melayu, matematik & english. Senang je kan..
Lepas penat2 buka akaun, saya belanja adik makan 2 set Big Mac kat McDonalds. Hepi je adik saya tu.. Siap tambah mango sunday lagi tuhh.. Balik rumah bawak perut je la..Alahai...Buncit2....Cukup..
Alamak, dah lewat. Esok kena bangun awal..Gud nite..
"Beta kena beradu dulu.." (tiru gaya Ustazah Zaini
Zainun cakap..hahaha...)


1 comment:

Sebiru Hari Ini© said...

jd la personal tutor..=) as part time..ajar budak darjah 2,3 ke..hehe